Sarawak Assistant Medical Officer Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum Penolong Pegawai Perubatan Sarawak
 
HomePortalGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Forum
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Klinik warga Emas
untuk Renungan I_icon_minitimeSun Jun 14, 2009 4:19 am by PPP BorhanDalat

» BERITA BERGAMBAR DARI KK NANGA SEMAH, DARO
untuk Renungan I_icon_minitimeSun Jun 14, 2009 4:01 am by PPP BorhanDalat

» Elaun RM 1500, 1000, 500- APA KATA PPP SARAWAK? LAYAK ATAU TIDAK?
untuk Renungan I_icon_minitimeWed Jun 10, 2009 9:23 pm by musrgmude

» KLINIK INTEGRASI
untuk Renungan I_icon_minitimeWed Jun 10, 2009 5:25 pm by wreig

» Salam lelenggau
untuk Renungan I_icon_minitimeWed Jun 10, 2009 2:51 pm by deresa_mit

» KALAU ANDA JADI KETUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SARAWAK????
untuk Renungan I_icon_minitimeWed Jun 10, 2009 1:12 pm by deresa_mit

» MASA DEPAN PPP
untuk Renungan I_icon_minitimeTue Jun 09, 2009 12:09 pm by Ndan6192

» SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2009
untuk Renungan I_icon_minitimeSat May 30, 2009 12:49 pm by cloud

» All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank
untuk Renungan I_icon_minitimeFri May 29, 2009 9:44 pm by onesu

Affiliates










 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

 

 untuk Renungan

Go down 
AuthorMessage
jackson Impin
User Forumer
jackson Impin


Male
Number of posts : 80
Age : 45
Location : Jab. Kecemasan & trauma Hosp. Kapit
Job/hobbies : gardening/fishing(AMOU29)
Points : 6
Registration date : 2008-06-25

untuk Renungan Empty
PostSubject: untuk Renungan   untuk Renungan I_icon_minitimeSun Mar 01, 2009 4:38 am

[b]cacat anggota sulit[/b]

Oleh ZAINUDDIN ZAIN
[url=mailto://zainuddin@hmetro.com.my]zainuddin@hmetro.com.my[/url]
[b]Kulit mengeras, radang, gatal serta sakit ketika melakukan hubungan seks[/b]

KUALA
LUMPUR: Memalukan tapi menakutkan! Hampir 1,000 aduan diterima daripada
lelaki yang menderita pelbagai komplikasi pada kemaluan selepas
menerima suntikan minyak kayu cendana daripada ‘doktor kaki lima’ yang
kononnya boleh membesarkan saiz alat sulit.

Lebih malang, ada
mangsa membayar sehingga RM1,500 untuk menerima suntikan itu yang
kemudian hanya membuatkan mereka menderita kesakitan dan berisiko
hilang keupayaan melakukan hubungan seks untuk selama-lamanya!

Pakar
sakit tuan, Dr Ismail Tambi, mendedahkan penggunaan minyak kayu cendana
bermula di Kepulauan Borneo, terutama Sabah dan Brunei, tetapi kini
merebak ke Semenanjung Malaysia dengan ramai mangsa dari Pantai Timur
dan Lembah Klang.

“Saya mula mendapat tahu mengenai penggunaan
minyak ini tiga tahun lalu menerusi seorang pesakit saya dari Brunei.
Saya terkejut apabila pertama kali memeriksa kemaluan pesakit ini. Ia
kelihatan sungguh aneh.


“Lelaki itu menderita kesakitan yang
amat sangat sehingga terpaksa ‘terbang’ dari Brunei untuk mendapatkan
rawatan di sini,” katanya.


[table align="center" border="0" width="450"][tr][td]
[/td][/tr][/table]
Menurutnya,
mangsa pada mulanya enggan bekerjasama dan mendedahkan punca sebenar
masalahnya, tetapi apabila dipujuk kerana perkara itu penting untuk
merancang kaedah rawatan, dia akhirnya mengaku menggunakan suntikan
minyak kayu cendana.

Difahamkan, lelaki itu mendapatkan
perkhidmatan seorang pengamal perubatan tradisional yang mengenakan caj
RM112.50 untuk satu suntikan. Ketika mendapatkan rawatan, lelaki itu
sudah mendapatkan 15 suntikan.

Dr Ismail berkata, sejak kes itu,
beliau menerima ramai pesakit dari seluruh Malaysia yang menjadi mangsa
suntikan minyak kayu cendana dengan pelbagai komplikasi dan masalah
serius.

“Malah, ketika menyampaikan satu ceramah di Kota
Kinabalu baru-baru ini, saya dimaklumkan seorang pakar perubatan, 600
hingga 800 lelaki di Sabah mendapatkan perkhidmatan menyuntik minyak
kayu cendana daripada seorang pengamal perubatan tradisional dan semua
mereka kini menghadapi masalah.

“Itu baru di Sabah, jika
dicampur dengan kes di Semenanjung, jumlahnya pasti lebih. Namun,
sebahagian besar mangsa masih berdiam diri kerana malu. Lebih
membimbangkan, mereka mendapatkan perkhidmatan tradisional lain yang
mengakibatkan masalah mereka menjadi kronik.

“Saya simpati
terhadap nasib mereka yang membayar sehingga RM1,500 dengan harapan
dapat menjadi lelaki ‘gagah’ tetapi berakhir dengan tragedi, malah ada
yang mungkin cacat anggota sulit selama-lamanya,” katanya kepada Metro
Ahad.

[u]Dr Ismail berkata, berdasarkan maklumat diterima,
kebanyakan pengamal tradisional yang menjalankan kerja menyuntik minyak
kayu cendana ialah tok mudim atau [b]pembantu perubatan[/b][/u].

“Taktik
digunakan ialah menunjukkan anggota sulit mereka yang besar yang
kononnya hasil suntikan untuk menarik perhatian pelanggan. Kadangkala
mereka beri komisen kepada sesiapa yang membawa pelanggan.

“Apabila
pesakit mengadu mengenai komplikasi dan masalah dihadapi, mereka
mendakwa ia tindak balas biasa. Bagaimanapun, selepas memberi suntikan
terakhir, mereka menghilangkan diri,” katanya.

Beliau berkata,
berdasarkan pengalaman merawat pesakit, tempat bekas suntikan biasanya
lebih besar dan keras, tetapi kelewatan mendapat rawatan susulan
menyebabkan masalah lebih sukar diatasi.

“Ini kerana kulit
anggota sulit mengeras dan radang, sekali gus berasa gatal. Jika
digaru, ia menjadi sopak dan anggota sulit kelihatan hodoh serta
menakutkan.

“Sebahagian besar mangsa juga mendapati bukan saja
zakar, tetapi tundun dan kerandut mereka membesar akibat suntikan
minyak kayu cendana. Ini mengakibatkan mereka sukar bersetubuh dengan
selesa,” katanya.

Dr Ismail berkata, zakar mereka juga menjadi
pendek walaupun kelihatan besar, dan ini menyebabkan ia tidak dapat
masuk sepenuhnya ke dalam faraj ketika mengadakan hubungan seks.

“Ini
menghilangkan kenikmatan dan hanya menyakitkan kedua-dua pihak. Selepas
‘bersama’ pula, bahagian yang bengkak kelihatan lagi besar dan
menyakitkan untuk beberapa hari,” katanya.

Sehubungan itu,
beliau menasihatkan golongan lelaki supaya tidak mudah terpengaruh
dengan iklan mengenai proses pembesaran zakar yang mereka lihat, sama
ada iklan haram atau iklan dalam Internet yang kini berleluasa.[url=http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/BeritaUtama/20071223010635/Article/emel_html][img]http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Images/emailButton.png[/img] Emel Artikel[/url] [url=http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/BeritaUtama/20071223010635/Article/print_html][img]http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Images/cetak.gif[/img] Cetak Artikel[/url]
Back to top Go down
 
untuk Renungan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» CPD PROGRAMME UNTUK PPP
» PUJIAN UNTUK AMO
» CPD ONLINE UNTUK PPP
» Untuk Intake Julai 04....
» Chatbox Untuk Portal S.A.M.O

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sarawak Assistant Medical Officer Forum :: Admin Shout :: Pengumuman-
Jump to: