jackson Impin User Forumer
Number of posts : 80 Age : 45 Location : Jab. Kecemasan & trauma Hosp. Kapit Job/hobbies : gardening/fishing(AMOU29) Points : 6 Registration date : 2008-06-25
| Subject: HILANG PENCEN,PAMPASAN JIKA SERTAI SKIM CEPAT KAYA Sun Mar 01, 2009 3:32 am | |
| by [color=#660099][b]HH[/b][/color] on Wed 04 Feb 2009, 10:11 am
KANGAR: Kakitangan awam yang dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja kerana menyertai skim cepat kaya akan hilang kelayakan untuk menerima pencen, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman. Kakitangan *censored* bukan saja sekadar hilang kelayakan menerima pencen, tetapi turut dikecualikan daripada menerima sebarang bentuk pampasan daripada kerajaan akibat diberhentikan kerja. Justeru, Omar menggesa semua 50,000 kakitangan awam yang dilaporkan *censored* skim itu supaya keluar daripadanya sebelum terlambat, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa kecuali penganjurnya. “Skim cepat kaya tidak menjanjikan keuntungan, melainkan risiko kerugian akibat ditipu penganjur. “Cuepacs tidak mahu kakitangan awam yang menyertai skim seperti itu kehilangan pelbagai faedah yang sepatutnya mereka nikmati. “Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2/2009, yang melarang kakitangan awam *censored* skim cepat kaya, sekali gus membuktikan isu itu serius dan mereka yang *censored* bakal berdepan tindakan tegas," katanya di sini, semalam. Sebelum ini, Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, mendedahkan lebih 50,000 kakitangan kerajaan daripada pelbagai peringkat termasuk ada ketua jabatan, *censored* dalam skim cepat kaya. Malah, lebih membimbangkan, ramai pegawai kanan dan ketua jabatan menggalakkan kakitangan mereka menyertai skim itu yang kononnya menjanjikan pulangan segera dan berlipat berganda bagi pelaburan kecil. Justeru, satu Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2/2009 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dikeluarkan bagi melarang semua peringkat kakitangan awam daripada *censored* dalam skim cepat kaya sama ada sebagai penganjur, pengantara atau pelabur. Pekeliling berkuat kuasa 13 Januari lalu itu turut mengarahkan mereka yang *censored* termasuk semua kakitangan badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan negeri supaya menghentikan aktiviti itu serta-merta atau berdepan tindakan disiplin kerana boleh memberi gambaran kepada orang ramai seolah-olah skim berkenaan diluluskan kerajaan. Sementara itu, Omar berkata sehingga 31 Januari lalu, 99 peratus daripada 66,000 kakitangan awam di seluruh negara menerima opsyen skim pencen yang ditawarkan berbanding pilihan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum itu. "Walaupun ada satu peratus yang memilih untuk kekal pada skim caruman KWSP, ia dianggap memadai kerana ada antara mereka mempunyai suami atau isteri yang juga kakitangan kerajaan yang memilih skim pencen," katanya. Pengumuman pemberian opsyen menyertai skim pencen mulai 1 Januari lalu kepada kakitangan awam yang berada di bawah skim KWSP diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada November lalu. | |
|
aubreysherrod Senior Forumer
Number of posts : 911 Age : 40 Location : Lubok Antu, Sarawak Job/hobbies : Minum ejok/beer/langkau Points : 316 Registration date : 2009-02-10
| Subject: Re: HILANG PENCEN,PAMPASAN JIKA SERTAI SKIM CEPAT KAYA Wed Apr 22, 2009 6:55 pm | |
| ...kos sara hidup meningkat sekarang...kira itu jalan mudah bagi menyelesaikan masalah kewangan... | |
|
apai bidah Senior Forumer
Number of posts : 762 Age : 39 Location : KK BT NIAH,MIRI SWK Job/hobbies : complete 3P Humor : ANANG MACAM2 SIMPONG TERUS Points : 47 Registration date : 2008-10-18
| Subject: Re: HILANG PENCEN,PAMPASAN JIKA SERTAI SKIM CEPAT KAYA Wed Apr 29, 2009 12:05 pm | |
| itulah.........kalau gaji naik...barang pun naik........bakanie ka idup.... | |
|
Jay Moderator
Number of posts : 2315 Age : 47 Location : Nuuk CAP BARUK !! - SoMeWheRe in BAU Job/hobbies : PPP U29 Humor : make it's life easy Points : 200 Registration date : 2008-03-31
| Subject: Re: HILANG PENCEN,PAMPASAN JIKA SERTAI SKIM CEPAT KAYA Wed Apr 29, 2009 1:33 pm | |
| harga barang naik susah nak turun.....gaji maintain aja.....kos idup makain meningkat. | |
|
aubreysherrod Senior Forumer
Number of posts : 911 Age : 40 Location : Lubok Antu, Sarawak Job/hobbies : Minum ejok/beer/langkau Points : 316 Registration date : 2009-02-10
| Subject: Re: HILANG PENCEN,PAMPASAN JIKA SERTAI SKIM CEPAT KAYA Wed Apr 29, 2009 6:17 pm | |
| ....buat oncall banyak2 pakai support gaji kita.... | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: HILANG PENCEN,PAMPASAN JIKA SERTAI SKIM CEPAT KAYA | |
| |
|