[quote="jackson Impin"]Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
[url=mailto://utusankelantan@utusan.com.my]
utusankelantan@utusan.com.my[/url]
KOTA
BHARU 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) akan menyarankan beberapa cadangan baru untuk perhatian
kerajaan yang bakal dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya,
Omar Osman memberitahu, cadangan tersebut menjurus kepada kepentingan
dan kebajikan para pekerja bagi tujuan memantapkan lagi sektor awam di
negara ini.
Sehubungan itu, katanya, bengkel penambahbaikan
gred gaji dan skim kakitangan awam yang akan berlangsung di Kuala
Terengganu, pada 3 hingga 5 Mac depan akan memperincikan cadangan
tersebut.
"Sudah sampai masanya kita mahukan penambahbaikan
dari segi gred gaji dengan penambahan tangga gaji agar pendapatan
pekerja tidak 'mati' pada gred-gred tertentu.
"Sebagai contoh
ada di kalangan pekerja yang baru berumur 45 tahun tetapi tangga
gajinya telah 'mati' dan terpaksa berkhidmat l3 tahun lagi bagi
menggenapkan usia persaraan pada usia 58 tahun dengan jumlah gaji yang
sama," katanya.
Omar berkata demikian kepada [i]Utusan Malaysia[/i]
selepas menghadiri program bertemu Presiden CUEPACS anjuran Kesatuan
Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) di sini hari ini.
Sementara
itu, beliau turut menegur sesetengah agensi kerajaan yang kurang
mengambil berat dengan nasib pekerja kontrak yang telah lama berkhidmat
dalam sektor awam.
''Hampir 2,000 pekerja kontrak telah diberhentikan kononnya disebabkan krisis kegawatan ekonomi dan kekurangan peruntukan.
"Namun pekerja kontrak ini telah berkhidmat dan tidak sepatutnya khidmat mereka ditamatkan begitu sahaja,'' katanya.
Tambahnya,
pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan oleh kerajaan diharap
menyediakan peruntukan bagi agensi *censored* supaya mereka mengambil
tindakan menyerap semula pekerja kontrak yang diberhentikan.[img]
http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/main_story_gradient_bottom.jpg[/img] =========================
Harapan
kita agar ada sinar baru supaya gaji kakitangan kerajaan yang telah
melanggar dinding tidak hanya beku begitu sahaja...menunggu masa untuk
tempoh pencen yang telah dinaikkan...
sorang PPK kat tempat
saya baru berumur 42 tahun, basik gaji dia dah bar tahun 2007 yang
lalu,,,RM1400++ mcm tu...kesian jugak kerana kalu tiada kenaikan
pangkat untuk beliau maka dalam masa 16 tahun akan datang {pencen umur
58 tahun} ==== (pencen tahun 2025) PPK ni tetap menerima gaji
RM1400++(basik)...
Ini untuk PPK...mcm maner pulak untuk kiter para medik atau pegawai-pegawai lain...
takkan
gaji setakat tu ajer....kalau nasib baik boleh lah melangkau ke U32,
U36, U38, U40 atau U41 hingga U54...yang bernasib baik ni boleh dikira
dengan jari sahaja...
ada paramedic yang kiter jumpa nasibnya
agak malang...pencen sudah tapi masih pada gred U29....berapa sangat
hasil yang diperolehi ketika mereka pencen...
moga sinar baru yang diminta cuepacs itu dapat di perkenankan oleh PM baru kiter nanti...amin...[/quote]