Tok meh contoh/syarat2 iklan pos basic bala kaban kena masuk intake taun 2009 tok tadi..
Pengarah Kesihatan Negeri
Pengarah Hospital / Institusi / Institusi Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Y. Bhg. Dato’ / Tuan / Puan,
TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS POSBASIK / PENGKHUSUSAN
KEPADA ANGGOTA SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(KKM) BAGI PENGAMBILAN 15 JANUARI 2009
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa
Anggota Sains Kesihatan Bersekutu, KKM untuk mengikuti kursus pos basik
dan pengkhususan peringkat sijil di institusi-institusi latihan KKM secara sepenuh
masa bagi pengambilan 15 Januari 2009.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
3. Pemohon-pemohon bagi tawaran ini hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut:-
3.1 Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup tawaran;
3.2 Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada tarikh tutup tawaran;
3.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup tawaran;
3.4 Mempunyai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang
daripada 80% bagi tiga (3) tahun terakhir;
3.5 Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib;
3.6 Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
3.7 Pegawai yang telah mengikuti mana-mana Kursus Pos Basik dalam tempoh
dua (2) tahun terakhir adalah tidak layak pemohon;
3.8 Pegawai yang telah menolak tawaran kursus bagi sesi Julai 2007, Januari dan
Julai 2008 dengan tidak mempunyai alasan yang munasabah adalah tidak layak memohon;
3.9 Pegawai yang menarik diri dari mengikuti kursus pos basik setelah
menandatangani kontrak dengan Kerajaan Malaysia adalah tidak layak memohon kursus
pos basik / pengkhususan sepanjang tempoh ikatan kontrak dengan Kerajaan Malaysia masih
berjalan;
3.10 Semua calon perlu pempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bertugas di
bidang yang dipohon. keutamaan akan diberi kepada calon yang bertugas di Unit berkaitan.4. Syarat-syarat khas berdasarkan bidang kursus adalah seperti berikut:
4.1 Bagi kursus Kejururawatan Kesihatan Awam pemohon perlu mempunyai
Sijil Kebidanan dan pengalaman bertugas sekurang- kurangnya enam (6) bulan di bidang berkenaan;
4.2 Bagi Kursus Pengurusan Diabetis keutamaan akan diberi kepada calon
yang bertugas di Klinik Diabetis atau yang berkaitan;
4.3 Pemilihan pemohon untuk dicadangkan bagi mengikuti Kursus Pengkhususan hendaklah
dilakukan oleh Pakar Perubatan/Pakar dan Penyelia Jururawat /Penyelia yang berkaitan dengan
kursus yang dipohon.
5. Senarai bidang kursus yang ditawarkan adalah seperti di Lampiran A dan senarai pusat-pusat latihan
adalah seperti Lampiran B.
SYARAT-SYARAT TAWARAN
6. Hanya calon-calon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon
tidak menerima keputusan permohonan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh
tutup tawaran, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.
7. Pegawai-pegawai yang menerima tawaran ini adalah terikat untuk berkhidmat
dengan kerajaan bagi tempoh satu ( 1 ) tahun.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
8. Tarikh tutup permohonan ialah tidak lewat daripada 30 September 2008.
CARA UNTUK MEMOHON
9. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen- dokumen berikut:-
9.1 Borang LDP1 - POSBASIK satu ( 1 ) salinan;
9.2 Satu ( 1 ) salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga ( 3 ) tahun terakhir;
9.3 Satu ( 1 ) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan.
9.4 Satu ( 1 ) salinan senarai tugas pemohon.
10. Sukacita Y. Bhg. Dato’/ Tuan / Puan dapat memaklumkan tawaran ini kepada pemohon yang
berkelayakan dan berminat untuk memohon. Permohonan yang lengkap dengan dokumen-dokumen
yang diperlukan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing tidak lewat daripada
tarikh tutup permohonan (30 September 2008) melalui saluran berikut:
Tempat Bertugas Saluran Permohonan
i. Peringkat Ibu Pejabat KKM Pengarah / Setiausaha Bahagian
ii. Peringkat Negeri
- Jabatan Kesihatan Negeri Pengarah
- Hospital Jabatan Kesihatan Negeri
- Pejabat Kesihatan Daerah
- Klinik Kesihatan
iii. Peringkat Institusi
- Hospital Kuala Lumpur - Pengarah HKL
- Institut Kesihatan Umum - Pengarah, IKU
- Pusat Tabung Darah Negara - Pengarah, Pusat Tabung Darah Negara
- Institut Penyelidikan Perubatan - Pengarah, IMR
- Institusi-institusi Latihan KKM - Pengarah, Institusi-Institusi Latihan KKM
11. Senarai calon yang telah diperakui oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri dan
Pengarah Hospital / Institusi di luar pentadbiran JKN hendaklah mengikut format seperti di
Lampiran C dan dihantar dalam bentuk hard dan softcopy beserta dengan dokumen-dokumen
yang lengkap tidak lewat daripada 15 Oktober 2008 kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Pengurusan Latihan
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Tingkat 17, Bangunan PERKIM
Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
(u/p: Puan Jamaliah binti Salleh)
Salinan soft copy boleh dihantar melalui e-mel ke alamat seperti berikut:
thenmoli@moh.gov.my12. Tawaran iklan dan borang permohonan juga boleh didapati dengan melayari laman web
Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia di alamat berikut:
http://latihan.moh.gov.my.13. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan kursus-kursus pos basik / pengkhususan,
sila hubungi ke talian berikut:
No Tel: 03-40454920 Pn. Jamaliah binti Salleh
03-40457049 Cik Nina Nirmala binti Syamsir /Pn. Tenmoli a/p Krishnan
No Fax: 03-40427363
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(MOHD ZAMANI BIN HARUN)
Bahagian Pengurusan Latihan
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia